Monday, October 26, 2009

tempahan minggu lepas

sabtu ku wat 2 bekas gratin and 8 pek of karipap frozen untuk sri dari nilai. tq sri. lepas amik sri siap sms lagi...katanya suka sangat dgn gratin dan anaknnya pun suka. sri juga kata dia syukur sgt jumpa blog ku.
selasa sha dari upm pun ode 2 bekas gratin juga.
bb cistat ni sri pun ode juga.
baby cheesetart ni, nik yg ode. nik juga amik cream puff juga.hajar plak amik satu set cream puff dan 3 pek of karipap pusing frozen.

ni plak chocolate chip and walnut fudge brownies...ni tak ada org tempah tapi buat sebagai buah tangan gi kenduri umah neber...emmm yummy.

Friday, October 23, 2009

tiramisu using mascarpone cheese

ni tiramisu ku wat sempena bday anak dara ku, syairah. bday dia yg ke 15 tahun. apa specialnya tiramisu nih emmm...rupanya serupa kaedah nya sama, bhn2nya pun boleh dikatakan semuanya sama kecuali cheese aja yg berbeza. kali ni ku guna cheese yg sepatutnya digunakan utk buat tiramisu. kalau selama ni sejak ku mula niaga tiramisu ni...ku cuma guna cream cheese untuk adunan kejunya...tp kali ni ku guna 'mascarpone cheese" apa beza nya??? memang rasanya dan teksturnya amat berbeza dari cream cheese. rasanya kejunya agak kurang, dan teksturnya lebih ringan, lebih rasa macam aiskerim kalau makan sejuk. aceli ku memang guna mascarpone cheese masa ku dok buat tiramisu semasa dok di jepun dulu. cuma balik malaysia, rasa cam tak sanggup nak kuar duit lebih untuk beli mascarpone cheese. harga mascarpone cheese adalah lebih dari 2x ganda dari harga cream cheese.
so pada yg teringin nak rasa tiramisu yg guna mascarpone cheese kena le bayar xtra.
here is the price for tiramisu with mascarpone cheese
TIRAMISU with MASCARPONE CHEESE :
7" - RM60
8" - RM75.00
TIRAMISU CUPCAKE with MASCARPONE CHEESE:
M SOLO CUP
16 pcs - RM50.00
25 pcs - RM75.00

Tuesday, October 20, 2009

carrot walnut cuppies




carrot walnut cuppies with cream cheese frosting...tempahan dari my niece murni untuk tunangnya.

bday cake for a sister

tempahan dari k/anom. 10" chocolate moist cake untuk bday sister nya.

lagi tempahan 10/10

mixed filling baby cistat tempahan dari ellie. ellie nak guna kota instead of bekas plastik. so yg nak guna kotak kena bayar xtra RM1.00 untuk 50 pcs baby cheesetart yek.

cream puff
2 bekas mixed filling baby cheesetart

5 bekas gratin...3 items ni seme tempahan dari diha, ukm. tq diha...so continuous support.

tempahan jumaat 9/10

mixed filling baby cheese tart order dri kawan diha, ukm. marble cheese brownies ni pun diha juga yg tlong orderkan. tapi ari tu ija yg tolong ambilkan. tq yek.


5 bekas blueberry cheese tarts ni hajar from upm yg order. katanya order utk lecturer dia. coz masa ari rabu dia kasi derang rasa so sudah tergoda... hehehe...tq hajar.

cream puff vanilla one set dgn 2 bekas gratin ni plak tempahan dari ayu, putrajaya. katanya nak makan2 dgn kawan2 nyer. tq ayu.

tempahan dari ijan

ni tempahan sabtu 10/10 dari ijan utk bday bapanya. tq ijan.

Sunday, October 11, 2009

tempahan dari sri

ni tempahan dari sri. 10 packs of karipap and 5 types of cookies. she came to collect all these orders on thursday. few days after that, sri sms ku beritahu that she likes bebola kristal very much. thank you for ur orders sri.



Thursday, October 8, 2009

kukis - stok available

salam semua, ku ada xtra untuk kukis2 ni. ni seme baru buat...ada customer lain order...tapi lebih le plak. so kalau ada yg nak...call/sms yek. tq.


bebola kristal ada
1 balang 50 pcs - RM20

almond shortbread ada 1 bekas 25 pcs @ RM12.00

pistachio cookies ada 2 bekas 25 pcs @ RM12 per pek -SOLD

jejari oat ada 1 bekas 50 pcs @ RM20.00
next week plak i might have xtra for tat nenas, oat crunch and hawai rumball. kalau ada sapa2 nak join order pls let me know yek.

Wednesday, October 7, 2009

jom layan

jom layan piccas tempahan untuk arini. dari pagi lagi ku dah mula menggodek sampai le ke petang baru siap. tempahan mula di ambil dari kol 12.30 pm and the last one 5.45 pm. tak sempat arini nak masak lunch and tak larat nak masak dinner...so beli je lah...

1 set vanilla baby cuppies dan 6 sets of macaroni gratin ditempah oleh fiza dari upm. ada jamuan katanya. t/hari ku gi deliver kat fiza di masjid upm. thanks fiza.


blueberry baby cheesetart ni plak tempahan dari hajar. tak pasti dari mana hajar ni..rasanya ukm kot (ralat: bukan ukm tapi upm, sori yek hajar, akak men terjah je kik kik kik). lepas sejam dua hajar amik bbct ni..dia sms dgn komen 'sedap' dan katanya lagi prof. dia pun suka and nak ode 5 sets to be collected on friday ni. tq hajar and syukur alhamdulillah u all seme suka.

5 cm blueberry cheese tarts ni tempahan dari liza, putrajaya. liza ode 1 set of macaroni gratin juga. thank you liza.

ni plak dari sha. dia sms after midnite semalam tapi pagi tadi baru ku jawap. dia nak baby cheese cake. last minit tempahan dari sha dan liza nih. bila sha dah sampai bangi ku belum lagi siap bb ciskek ni...belum kuar dari oven pun. ku minta sha dtg an hour after that. dlm pd tu anak ku syairah pun call minta picked her up kat sekolah...so terkejar2 le ku. so camni je lah yg dpt ku siapkan. sori yek sha kalau deko tak menarik. hopefully the taste will be okay. apa2 terima kasih byk.

Monday, October 5, 2009

pelbagai


ni le rupa kek kukus asam hwa hwa flake yg ku tolong jual. ni anak sedara ku , eliza yg buat. tadi ku deliver sebiji pada ayu. sapa2 berminat leh ode melalui ku atau direct ngan anak sedara ku eliza. ni blog dia...http://lifefoodsandnutrition.blogspot.com/ kalau korang yg tinggal area hicom glenmarie, taman equine, tmn puncak jalil, seri kembangan...elok sangat le ode direct dgn dia. sebiji saiz 6" RM35. dan kalau korang nak marble cis bronis or marble cis walnut bronis pun leh ode dgn dia. coz dia pun wat gak... cuma saiz berbeza namun isipadu dan harga adalah lebih kurang sama.

2 sets of cream puff ordered by a customer...alamak ku terlupa plak apa nama dia. sori yek... nak collect jap lagi jam 9 mlm. dah siap pun. sori tayang gambar lama je....malas nak snap gambar lagi.
marble cheese brownies ni plak...satu ditempah oleh k/puteri dan satu lagi ku bawa sebagai buah tangan ke umah jiran ku yg wat jamuan ari raya.



a set of baby cheese tarts ordered by ellie.

Sunday, October 4, 2009

marble cheese brownies - door gift pack

pagi2 ari jumaat 2/10 ku mulakan pagi ku dgn mengadun cheese filling utk baby cheese tart ni. ordered by k/puteri . dia nak 2 sets. tq k/puteri.



lepas ciap baby cistat...ku terus sambung dgn marble cheese brownies plak. these orders were placed by makcik zaitun. b4 raya lagi dia dah placed order untuk majlis kawin 3/10. cuma earlier she ordered cuppies but at the last minute she changed to marble cheese brownies on my recommendation. makcik tak jadi amik cuppies coz ku tak dpt cari a little bit bigger bekas square yg macam ku guna ni . niway ku pun suka lagi buat brownies ni dari nak deko2 cuppies tu hehehe. apa2 pun terpulang pada pelanggan. alhamdulillah ku berjaya siapkan 350 pcs of these door gift packs in one day. okay le progress wat brownies ni...memang rilex abis. slalu kalau bake cuppies mesti dlm keadaan yg kelam kabut...tapi dgn brownies ni ku go slow and steady.


RM2.00 -per pcs for additional sticker or ribbon xtra RM0.50
pada yg berminat sila e mel for quotation yek.
terima kasih ku ucapkan pada makcik zaitun sekeluarga kerana memberi ku peluang buat brownies ni.


Saturday, October 3, 2009

1st raya kek

orange pound cake - first time ku terai resipi..kira cubaan berani mati. resipi minta dari mamafami. tq mama. kek ni yus yg order. dia nak orange butter cake. so ku cuba buat kek ni. jadi okay tapi kata yus agak manis. ku pun dah agak kek ni manis. to yus sori yek... will try again utk dimakan di rumah. tq to yu.

Tuesday, September 29, 2009

kerja masa ramadhan

ni je gambar yg sempat ku amik masa bulan ramadhan tempohari. ni kira sebahagian dari tempahan2 yg ku terima. ku mula beroperasi penuh untuk menyiapkan tempahan kukis bermula dari 3hb ramadan dan berakhir pada 25 ramadhan. thn ni tempahan ada 3x ganda dari tahun lepas. nasib tahun ni kakak ipar ku sudi datang menolong ku menyiapkan tempahan2 ni semua. ku tak berjaya mendapatkan pembantu harian untuk tahun ni. tu lah nasib k/ipar sudi datang tinggal ngan ku selama 3 minggu untuk siapkan tempahan ni semua
jadual kerja kami amat ketat. tak ada masa nak rehat2 w/pun sehari. byk kisah suka duka kami dlm tempoh menyiapkan tempahan ni. yg hanguslah...kes tertido masa bakar, yg reject kerna saiz tak tepat lah...macam2 hal. sejam setengah sebelum berbuka kami akan berhenti buat kukis...untuk masak juadah berbuka puasa...macam tu lah setiap hari. pagi mula kerja tak menentu kekadang siaran langsung je dari lepas sahur, kekadang kol 8 pg baru start...tengok keadaan. sehari paling banyak kami pernah pek kukis dlm 62 bekas. minimum kami mesti siapkan 35 bekas sehari. dan alhamdulillah anak2 dan suami ku sporting. syukur mereka tak cerewet bila dgn juadah berbuka atau bersahur. so masak memang simple abis. niway ari2 pun ku masak simple gak kui kui kui. hubby ku cuma dpt berbuka bersama kami dlm 2 weekend je dlm tempah 3 minggu tu.

alhamdulillah...berkat sokongan dari anak2 dan suami...ku berjaya menyiapkan semua tempahan. dan terima kasih tak terhingga buat anak2 ; syairah dan irfan, suami ku azman atas sokongan mereka. terima kasih tak terhingga juga buat kakak ipar ku , nora. ku tak mungkin dapat menyiapkan semua tempahan kukis, jika dia tak datang membantu. jutaan terima kasih juga pada semua ejen2 ku, namely, ayu, nor, fiza, eli, k/dot, nani, farehah dan laa, jika ada yg terkurang harap dihalalkan dan harap maaf. jutaan terima kasih juga pada pelanggan individu yg sudi membuat tempahan kukis dari zanaz home biz, harap dihalalkan jika ada yg terkurang yek.

kukis yg paling laris tentu saja almond shortbread (3 tahun berturut2), diikuti dgn pistachio kukis (wpun baru diperkenalkan tahun ni, sambutan memberangsangkan), oat choc chip, jejari oat, bebola kristal, hawai rumball, nestum choc chip, samperit, tat nenas dan pistachio ball. ada lagi listnya...tapi cukup le ku kasi 10 saja hehehe.

bawah ni plak tempahan di saat2 akhir sebelum ramadan dan juga awal ramadhan.


gratin, tiramisu cuppies dan marble cheese bronis ni tempahan dari norhawati. sent to her husband office kat seksyen 14, bbbangi pd 21hb ogos. tq wati.


yang ini ku tak ingat sapa yang ode...tapi sebelum ramadhan gak nih...maaf yek. nanti ku check kat e mail. tq anyway. ha dah jumpa...tempahan ni melalui ayu, kem pelajaran. tak tau sapa yg punya.

ni tiramisu cuppies last minit order dari seri yanti. tq seri.

ini dari nurul, tempahan datangnya dari adik nurul. nurul jadi org tengah hehehe. tp dlm kesibukan ku...ku sudah tersalah faham. patutnya bukan tema manchester tapi tema kereta ...maaf ya nurul.

Wednesday, September 16, 2009

salam aidilfitri

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PELAWAT BLOG INI DAN SPECIALLY BUAT SEMUA PELANGGAN ZANAZ HOME BIZ. TERIMA KASIH ATAS SEMUA TEMPAHAN YG DIBUAT. HARAP SEMUA BERPUAS ATI. KALAU ADA TERKURANG DI MANA2 MINTA MAAF DAN HARAP DIHALALKAN.

SEMOGA KALIAN SEMUA CERIA DI HARI RAYA AIDIL FITRI INI. KETEMU LAGI SELEPAS CUTI HARI RAYA...