Sunday, March 1, 2009

kek hantaran

dua kek fondant ni adalah projek ku di minggu ke 4 bulan feb 09 ni. tempahan di terima dpd ellina, kakak kepada penganti perempuan, haizan. ellina ni dah placed her order 2 minggu kot awal. dia minta kek hantaran utk lelaki dan perempuan dan juga kek pengantin. lepas tu ellina minta tambah lagi tempahan dia. dia nak 500 pcs of plain cuppies plak with mixed flavor



kek fondant gambar perempuan tu ku buat mixed fruit butter cake dan yg gambar lelaki plak ku buat cheese brownies. terhegeh2 juga ku nak siapkan kek fondant ni, wpun nampak simple je hiasannya hehehe...almaklumlah budak baru belajar.

plain cuppies plak ku marble kan vanila dgn oren, stroberi dan coklat. ku buat seme ni ari kamis baru ni. sehari suntuk ku dok bakar 500 pcs cuppies tu. malam plak ku dok deko kek fondant tu. pepagi jumaat ku dah gi anto kat umah ellina di semenyih. terima kasih ellina kerana sudi berurus niaga dengan ku. lebih kurang ku minta halal.

2 comments:

  1. memang akak tabik hormat kat ko...rajin cekap...dah le sensorang ko kerja kan benda benda ni he he..

    ReplyDelete
  2. alah k/tun pun apa kurangnya...pun wat keja sorang gak kan heehhe. masalahnya tak sampai ati nak tolak permintaan/rayuan kawan2 hehehe.

    ReplyDelete