jadual kerja kami amat ketat. tak ada masa nak rehat2 w/pun sehari. byk kisah suka duka kami dlm tempoh menyiapkan tempahan ni. yg hanguslah...kes tertido masa bakar, yg reject kerna saiz tak tepat lah...macam2 hal. sejam setengah sebelum berbuka kami akan berhenti buat kukis...untuk masak juadah berbuka puasa...macam tu lah setiap hari. pagi mula kerja tak menentu kekadang siaran langsung je dari lepas sahur, kekadang kol 8 pg baru start...tengok keadaan. sehari paling banyak kami pernah pek kukis dlm 62 bekas. minimum kami mesti siapkan 35 bekas sehari. dan alhamdulillah anak2 dan suami ku sporting. syukur mereka tak cerewet bila dgn juadah berbuka atau bersahur. so masak memang simple abis. niway ari2 pun ku masak simple gak kui kui kui. hubby ku cuma dpt berbuka bersama kami dlm 2 weekend je dlm tempah 3 minggu tu.
alhamdulillah...berkat sokongan dari anak2 dan suami...ku berjaya menyiapkan semua tempahan. dan terima kasih tak terhingga buat anak2 ; syairah dan irfan, suami ku azman atas sokongan mereka. terima kasih tak terhingga juga buat kakak ipar ku , nora. ku tak mungkin dapat menyiapkan semua tempahan kukis, jika dia tak datang membantu. jutaan terima kasih juga pada semua ejen2 ku, namely, ayu, nor, fiza, eli, k/dot, nani, farehah dan laa, jika ada yg terkurang harap dihalalkan dan harap maaf. jutaan terima kasih juga pada pelanggan individu yg sudi membuat tempahan kukis dari zanaz home biz, harap dihalalkan jika ada yg terkurang yek.
kukis yg paling laris tentu saja almond shortbread (3 tahun berturut2), diikuti dgn pistachio kukis (wpun baru diperkenalkan tahun ni, sambutan memberangsangkan), oat choc chip, jejari oat, bebola kristal, hawai rumball, nestum choc chip, samperit, tat nenas dan pistachio ball. ada lagi listnya...tapi cukup le ku kasi 10 saja hehehe.
bawah ni plak tempahan di saat2 akhir sebelum ramadan dan juga awal ramadhan.
gratin, tiramisu cuppies dan marble cheese bronis ni tempahan dari norhawati. sent to her husband office kat seksyen 14, bbbangi pd 21hb ogos. tq wati.
yang ini ku tak ingat sapa yang ode...tapi sebelum ramadhan gak nih...maaf yek. nanti ku check kat e mail. tq anyway. ha dah jumpa...tempahan ni melalui ayu, kem pelajaran. tak tau sapa yg punya.